Thursday, 5 February 2015

Sejarah Cinta Telekung Kauthar #1

Assalamualaikum semua

Lebih baik saya mulakan perkenalkan diri saya.
Saya Chah Maisarah merupakan seorang mahasiswa pasca ijazah di UTM skudai. Bidang saya adalah Electrical Engineering ( Telecommunication) namun saya berminat untuk melebarkan potensi saya dalam dunia perniagaan. Di sebabkan minat dan keinginan ini saya tercari-cari apakah produk yang ingin saya bawa masuk bagi tahun 2015. 

Saya selalu mengunakan teknik tanya ALLAH dulu tentang apa yang saya nak lakukan. Maka di awal tahun 2015, saya tanya ALLAH " Ya ALLAH produk apa yang aku nak jual ni ya ALLAH yang mendekatkan diriku kepadaMu dan merupakan sumber rezekiku yang memberi kebaikkan kepadaku, ahli keluargaku,semua saudara maraku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, anak-anak didiku, dan semua kaum muslimin dan muslimat" . Saya tercari -cari apakah produk yang sesuai dengan jiwa saya iaitu jiwa saya yang sudah mahu kearah kebaikkan (Nota: 3tahun lepas saya bukan seperti ini, saya juga banyak buat silap dalam kehidupan saya, hasil kesilapan ini ALLAH tarbiah saya dengan indah sekali, syukur ). 

Maka hasilnya, ALLAH gerakkan sahabat Master Mind Group (MMG) saya iaitu kak Azizah Ali untuk mengajak saya menyertai satu seminar yang dianjurkan oleh Founder Telekung Al-Kauthar iaitu Norliza Hayati  ( saya panggil Cikgu Liza) pada 23-24 januari 2015 di PKNS Shah Alam. Sebenarnya seminar ini di khaskan untuk stokis #TelekungKauthar sahaja, namun dengan izin ALLAH swt, saya di jemput bersama walaupun bukan stokis. Pada ketika ini, saya fikir ini mungkin peluang yang terbaik untuk Join Venture (JV) dengan kak Azizah Ali (Kak Azi )yang ALLAH aturkan. Tanpa fikir panjang saya terima tawaran beliau (Kak Azi) yang mana insan yang saya baru kenal pada 30 Disember 2014 yang lepas di Jaya Jusco Taman Universiti. Johor. Perkenalan kami di JJ adalah disebabkan ingin berjumpa Cikgu June Mohd Som tentang ILMUOP. 

Daripada permulaan lagi, ALLAH aturkan semuanya mudah, saya yang agak kekurangan kos ALLAH bantu, semua kos hotel, makan -minum dan perbelanjaan perjalanan ke seminar tersebut ditaja ALLAH swt secara hahikatnya, namun realitinya Kak Azi yang menawarkannya. Alhamdulillah , syukur diizinkan ALLAH jumpa orang baik seperti Kak Azi dan saya harap hubungan kami sehingga ke jannahMu ya ALLAH. Saya dalam hati, ya ALLAH hadirkan partner bisness yang sama mimpi denganku. Eh sama mimpi ni macamana pula yer? Istilah 'mimpi sama' saya belajar dari ustaz Ebit Lew yang mana beliau ceritakan jika kita mempunyai mimpi yang sama dengan pasangan,insyaALLAH semua mudah dengan izin ALLAH swt. Sejak itu, saya selalu berhajat untuk mendapatkan partner bisness yang mimpi sama. Allahu, ALLAH hadirkan Kak Azi dalam kehidupan saya. 

Perjalanan ke seminar di permudahkan. Kak Azi telah menjemput saya di UTM seawal jam 730am pada pagi Jumaat (23 Jan 2015). Kak Azi yang memandu, saya co-pilot sahaja. Dalam tempoh masa 4.5jam dari Johor Bahru ke PKNS Shah Alam, kami berbincang tentang dunia bisnes. Kak Azi dan saya juga hampir 2tahun terlibat dengan bisness online secara separuh masa. Namun, kali ini kami bersungguh-sunguh mahu jadikan perniagaan TelekungKauthar sebagai suatu sumber rezeki kami yang utama di masa hadapan. Kami bincang strategi dan marketing dalam kereta.

Setelah 2.5 jam perjalanan, kami singgah di R&R Air Keroh untuk sarapan pagi. 
Ikuti gambar dibawah, kami order Teh Tarik. Sedapppp teh tarik ni, dan perasaan teruja untuk sampai ke PKNS membuak-buak. Dengan erti kata lain overexcited!. 

Telekung Online, Telekung Sulam, Telekung Cotton, Telekung Al-Kauthar, Telekung Kauthar
Gambar 1: Chah Maisarah

Telekung Online, Telekung Sulam, Telekung Cotton, Telekung Al-Kauthar, Telekung Kauthar
Gambar 2: Kak Azi
Lebih kurang 12.15 tengahari, kami tiba di PKNS Shah Alam, dan mula mencari kedai untuk kami makan tengahari. Kak Azi dan saya kurang familiar area Shah Alam, jadi kami ikot sahaja langkah kaki kami. Kemudian , kami tiba di kedai Wong Solo, waaahhh rezeki tengahari kami hari tersebut adalah Ayam Penyet.  Setelah siap makan, kami terus ke PKNS tempat dimana kami akan menyertai seminar. Kami istirehat di surau di PKNS memandangkan seminar akan bermula pada sebelah petang iaitu 2pm.

Kak Azi melakukan solat jamak takdim, manakala saya bercuti dan meneruskan dengan membaca kita barakat makiat. Dalam hati saya, saya doa ya ALLAH jadikan perjalanan ini perjalanan yang terbaik. Jadikanla ilmu seminar ini , ilmu yang terbaik. Aku mahu berjaya dengan bisness Telekung Kauthar. Itulah detik hati saya. 

Masa agak panjang, maka saya habiskan baca kitab barakat makiat. Sambil itu, saya berdoa " ya ALLAH jadikan perniagaan ini sebagai punca rezeki kami yang memberi kebaikkan kepada kami yang mendekatkan kami kepadamu" 

Itulah serba sedikit sejarah Cinta dengan Telekung Kauthar siri #1
Saya sambung untuk siri seterusnya ;)






No comments:

Post a Comment